لا إله إلا الله محمد رسول الله

my photos my lomos my thoughts

"Listen to your intuition. It will tell you everything you need to know."
-Anthony J. D’Angelo.

"I leave with you two things. As long as you hold them tightly, you will never go astray. They are: the Book of Allah (Quran) and my Sunnah."
-Prophet Muhammad (s.a.w).


❒ Single ❒ Taken ✔ Coffee



awesomeness

personal blog formspringfacebook twitter

Type anything here..

islahnafsi:

mardhatillahseeker:

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.

Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.”

~ HR Abu Daud


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW bersabda :

” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :

“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”

~ HR Muslim


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “

~ HR Muslim


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi SAW bersabda :

” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “

~ HR Abu Daud


5. Amalan ziarah-menziarahi

Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”


6. Memberi Hadiah

Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “

~ HR Thabrani


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.

Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”

Moga Allah redha persahabatan kita.

uhibbukum fillah :)

(via fafaridatulnajuaa)